Cara terbaik melupakan si dia:
* Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya, lelaki/wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya.
Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.
* Rakan pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.
* Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang kamu gambarkan?
xsetuju!!!lau benci ag susah nk lupa...
ReplyDeletebese2 je suda...